TUHAN MEMBERITAHU SAYA
SECARA PERIBADI
KESAKSIAN IMAM HAMRAN AMBRIE
(ISLAM MASUK KRISTEN)
Pada waktu dahulu saya
merupakan seorang yang amat aktif dalam Islam,juga merupakan salah seorang
daripada Pengerakkan Muhammadiah dan seorang pengajar Islam.Pada tahun
1947,saya telah dipilih untuk menjadi pengerusi kepada Kongress Muslim
Kalimantan di Amutai,bersama-sama dengan K.H Idham Chalid. Pada tahun 1950-51
saya menjadi Imam Muslim bagi pasukan tentera di Banjarmasin,dengan kedudukan
yang tinggi.Rencana saya telah diterbitkan dalam beberapa majalah Islam seperti
Mingguan Adil di Solo,Mingguan Risalah Jihad di Jakarta dan Mingguan
Anti-komunis di Bandung.Saya telah bekerjasama dengan Gerakkan
Anti-Kristian dari tahun 1936 di Muara Teweh (Barito) dan sehingga tahun 1962
bersimpati dengan kumpulan yang merancang untuk membina undang-undang Islam di
seluruh Indonesia,yang mana secara tidak langsung adalah bertentangan dengan
pendirian Kristian.
Sebenarnya saya telah memiliki Kitab Suci Injil
sendiri semenjak tahun 1936.walau bagaimanapun,saya tidak membaca dan mencari
kebenarannya,tetapi mencari perenggan yang boleh membantu saya untuk berdiri
teguh sebagai seorang Muslim yang mempunyai sikap anti-Kristian,dan bersedia
untuk menyerang keimanan orang Kristian secara lebih berkesan.
Saya juga mengutuk 'Isa Al-Masih
sehingga saya berumur 40 tahun,menolak terus yang mengatakan Dia adalah
daripada Tuhan.Saya sengaja mentertawakan dan menolak kebenaran.Tetapi kasih
Tuhan sungguh hebat,Dia berusaha,mencari dan menyelamatkan saya.
Dalam tahun 1961,semasa saya mencatat
khotbah saya di masjid,saya melihat ayat daripada surah Al-Maidah 68, yang
berbunyi:
“Katakanlah,wahai orang yang
beriman! Kamu tidak mempunyai apa-apa kecuali kamu berpegang kepada Taurat dan
Injil,dan semua ini akan membuka mata kamu kepada Tuhan kamu.”
Saya sudah membaca ayat ini beratus
kali,tetapi akhirnya Tuhan telah berbisik kepada jiwa saya tentang ‘Taurat dan
Injil’ yang mana tertulis di dalam Al-Quran adalah sama Taurat dan Injil yang
terdapat di dalam Kitab Suci Injil sekarang.Saya selalu berpendapat bahawa
Taurat dan Injil yang terdapat dalam Al-Quran telah lenyap,dan kandungan ini
adalah ringkasan di dalam Al-Quran.Saya
merasa yakin bahawa Taurat dan Injil,yang terdapat dalam Kitab Suci Injil
sekarang adalah palsu,dan kandungan yang sebenar telah disalah-atur dan
dilupakan serta ditambah-tambahkan oleh sesetengah pihak.
Bagaimanapun,jiwa saya memberitahu saya
bahawa Taurat/Injil yang ada di dalam Al-Kitab sekarang adalah benar.Fikiran
saya tidak percaya apa yang dikatakan oleh hati saya: “Tidak!Taurat dan Injil yang ada di dalam Al-Kitab
sekarang adalah palsu”.Fikiran saya bertentangan dengan jiwa saya
dan perasaan saya,dan saya menjadi tidak pasti serta ragu-ragu terhadap apa
yang betul sebenarnya.
Untuk membuatkan jiwa saya merasa
aman,saya menyerahkan masalah saya ini dengan melakukan sembahyang tahjud,yang
mana sembahyang ini adalah untuk meminta pertolongan daripada Tuhan agar Dia
memberi petunjuk yang pasti kepada kebenaran.Saya meminta Tuhan menolong saya
untuk memilih yang mana satu daripada dua kepercayaan ini yang benar.Ini adalah
doa saya:
“Oh Tuhan,Pencipta Syurga
dan bumi,Tuhan orang Islam, Kristian,Budha, Tuhan bulan dan bintang,lembah dan
gunung;Tuhan semesta alam,tolong tunjukkan aku kebenaran tentang apa yang
tertulis di dalam Al-Quran yang berkaitan dengan Taurat dan Injil.Adakah ini
membawa makna bahawa Taurat dan Injil yang sebenar sudah lenyap yang terdapat
ringkasan dalam Al-Quran ?Jika ini adalah benar,aku merayu kepadaMu untuk
kuatkan hatiku bahawa aku mungkin tidak belajar Kitab Suci Injil .Tetapi jika
“kebenaran di dalam Taurat dan Injil” yang tertulis di dalam Al-Quran ,bermakna
kebenaran harus dicari di dalam Kitab Suci Injil sekarang,aku merayu padaMu
untuk membuka pintu hatiku semoga aku lebih bersungguh-sungguh untuk belajar
Kitab Suci Injil secara jujur.”
Saya tidak bertanya kepada sesiapa pun
untuk menolong saya membuat keputusan saya.Saya tidak bertanya kepada
Imam,orang yang alim dalam Islam,atau kawan-kawan saya yang bijak pandai.Saya
bertanya terus kepada Tuhan yang Maha Tahu untuk membuat pilihan bagi saya,jadi
saya membuat pilihan yang betul menurut kehendak Tuhan.Saya sembahyang
sesungguhnya dan menaruh harapan kepada Tuhan agar Tuhan memberi petunjuk dan
hidayah bahawa Dia yang memilih kebenaran untuk saya dan menolong saya
mengetahui dan mengaku kepada agama yang benar.
Setiap orang yang mempunyai agama
berharap bahawa di sana terdapat kehidupan yang benar selepas mati dan salah
seorang daripada mereka adalah saya,saya menaruh harapan yang tinggi kepada
Tuhan.Saya percaya kepada kehidupan selepas mati,di mana kita cuma ada dua
tempat untuk dituju:ke neraka,dengan hukuman yang tidak berhenti-henti kekal
abadi di dalam api;atau ke Syurga,bersama dengan Tuhan dalam kemuliaan
selama-lamanya.Saya tidak fikir tentang kehidupan abadi saya.
Sebagai contohnya;mari kita andaikan bahawa kita membawa
10 gram emas tulin, kita harus menelitinya secara berhati-hati,untuk memastikan
bahawa tidak ada sesiapa yang boleh menipu kita,jadi kita tidak akan menyesal
di kemudian hari.Berapa banyak agaknya kita memikirkan tentang kehidupan masa
depan jiwa kita.Kita mesti belajar dan meneliti kebenaran untuk sembahyang
kepada Tuhan menurut kehendak Tuhan,yang memiliki kehidupan di Syurga.Kalau
tidak,kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana kecuaian kita.Saya selalu
yakin bahawa pencipta Syurga dan neraka adalah Tuhan sendiri,atas sebab itulah
saya tidak bertanyakan nasihat kepada sesiapa pun,samada Kristian atau Guru
Islam.Saya mendekati Tuhan,yang memiliki segala kebenaran,peraturan,dan merayu
kepadaNya dengan penuh harapan dan percaya bahawa Dia akan memberi petunjuk
yang benar kepada saya.
Puji Tuhan kerana segala doa saya telah
dikabuliNya! Ini membuktikan bahawa Dia memberikan kebenaranNya kepada orang
yang menghendakinya,dan bertanya dengan sesungguhnya.
Ini harus dicatat,selain daripada ayat
68 surah Al-Maidah,di mana terdapat banyak lagi ayat-ayat lain yang terkandung
di dalam Al-Quran ,yang menarik hati saya pada waktu itu.Sebagai
contohnya;Surah Al-Sajadah 23:
“Dan pastinya kami memberikan Musa
sebuah Kitab(Taurat),jadi adakah kamu (Muhammad) ragu-ragu untuk menerimanya,”
Surah Al-Maidah 46:
“Dan kami biarkan mereka (nabi-nabi yang
terdahulunya) mengikut jejak Isa,anak Maryam,memenuhi apa yang ada di tangannya
daripada Taurat.dan kami memberi Dia kitab yang mengandungi petunjuk dan
cahaya,dan mengesahkan apa yang ada di tangannya yang daripada Taurat,sebagai
petunjuk dan amaran kepada orang yang takut kepada Tuhan.”
Surah Al-Maidah 47:
“Dan orang di dalam Kitab harus
mengikuti apa yang telah ditentukan mengikut kehendak pernyataan Tuhan itu.Dan
sesiapa yang tidak mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Tuhan,adalah orang
yang busuk hati,”
Surah Al-Baqarah 62 :
“orang yang benar daripada
Yahudi,Kristian dan Sabian,sesiapa yang percaya kepada Tuhan dan hari kiamat
,melakukan amalan yang baik,mereka akan mendapat pahala daripada Tuhan
mereka,dan ketakutan tidak akan mendesak mereka berputus asa.”
Di sana terdapat banyak lagi ayat di
dalam Al-Quran yang menunjukkan bahawa Taurat dan Injil adalah jalan yang benar
kepada kebenaran menurut kehendak Tuhan.Ayat Al-Quran ini memberi kesedaran
kepada saya untuk meneliti Kitab Suci Injil dengan lebih mendalam lagi,kerana
Tuhan telah berbisik kepada jiwa saya tentang kebenaran ini.
Pada hari yang berikutnya,selepas saya
meminta petunjuk daripada Tuhan semasa sembahyang tahjud,saya merasakan satu
perubahan yang jelas pada diri saya.Bermula dari hari itu saya menganggap Kitab
Suci Injil adalah seperti rakan saya dan bukan lagi sebagai musuh.Setiap pagi
saya melihat Kitab Suci Injil dengan penuh harapan dan memberi perhatian pada
setiap perkataan yang saya baca,kerana saya mahu tahu makna yang sebenarnya.
Dengan perkataan:
“Dengan nama Allah yang Maha Pengampun
lagi Maha Pengasihani”.
Saya membuka Kitab Suci Injil .Pada masa
itu saya bertujuan untuk membaca Ulangan 18:15.Kitab ini menarik perhatian saya
kerana pada waktu dahulunya saya mengunakan ayat ini untuk menyerang keimanan
orang Kristian,samada mereka adalah guru,Penginjil,dengan niat supaya mereka
tahu dan percaya kepada Nabi Muhammad sebagai nabi yang telah diramalkan di
dalam Kitab Suci Injil ini.Sebelum ini saya sudah tahu tentang ayat ini,tetapi
sekarang maknanya telah berubah sama sekali kepada saya.Sebenarnya untuk
memahami Kitab Suci Injil lama adalah sukar bagi orang yang tidak mahu
mempercayainya, tetapi dari segi yang lain pula ia menjadi lebih jelas kepada
orang yang mahu mempercayainya dan hati mereka yang telah disentuh oleh Roh
Kudus.
Ayat-ayat di dalam Ulangan 18:15 dibaca
seperti:
“Sebaliknya Tuhan,Allah kamu akan mengutus seorang
nabi kepada kamu ;nabi itu akan seperti aku dan Dia daripada bangsa kamu
sendiri;kamu mesti taat kepadanya.”
Dahulunya saya menganggap ayat ini
memberi ramalan tentang nabi Muhammad.Perkataan “nabi itu akan seperti aku
(Musa)”menunjukkan kepada saya tentang peribadi nabi Muhammad sebagai janji
nabi kerana :
- Musa
dilahirkan mempunyai ibubapa.Muhammad juga dilahirkan seperti
Musa,mempunyai ibubapa.Ini tidak seperti Isa Al-Masih yang dilahirkan
hanya mempunyai ibu dan tanpa bapa.
- Apabila
Musa meningkat dewasa,dia berkahwin.Muhammad juga berkahwin,dan ini
bertentangan dengan Isa yang tidak pernah berkahwin.
- Musa mempunyai anak lelaki,dan
Muhammad juga mempunyai ramai anak.Tetapi Isa tidak mempunyai keturunan
kerana Dia tidak pernah berkahwin.
- Musa
meninggal pada umur yang lanjut dan dikuburkan dan ini terjadi juga pada
Muhammad.Tetapi Isa tidak meninggal.Dia telah diangkat ke Syurga dan tidak
dikuburkan.
Dahulunya ia menjadi jelas kepada saya
tentang ayat Ulangan 18:15 yang menunjukkan bahawa nabi Muhammad adalah nabi
yang dijanjikan oleh Musa, tetapi bukannya ramalan terhadap Isa sebagai nabi
keseluruhannya, sebagai Putera Tuhan,seperti kepercayaan orang Kristian.
Tetapi pada hari ini,saya membaca ayat
ini secara perlahan-lahan dan berhati-hati untuk memahami makna yang
sebenarnya.Apabila saya sampai kepada pernyataan “…..nabi itu akan seperti aku
(Musa)”,Roh Kudus berbisik ke dalam jiwa saya yang berbunyi: “Jika kamu
mentafsirkan persamaan di antara Muhammad dan Musa dan kedua-duanya adalah
dilahirkan mempunyai ibubapa,mereka adalah sama dengan manusia lain yang
mempunyai ibubapa.”Sifat ini tidak boleh digunakan untuk menunjukkan kebenaran
ramalan itu.
Selanjutnya jika Muhammad seperti Musa
kerana dia berkahwin,dan kedua-duanya adalah seperti orang lain di dunia
ini!Jadi ini tidak boleh dijadikan sebagai bukti untuk mengatakan bahawa
Muhammad itu adalah nabi.
Jika Muhammad dianggap sama seperti
Musa,kerana dia mempunyai keturunan,fakta ini juga tidak boleh digunakan untuk
menentukan ramalan itu kerana hampir semua orang di dalam dunia ini mempunyai
keturunan.
Muhammad hanya seperti Musa,meninggal
dalam usia yang tua dan dikuburkan.Jika contoh ini digunakan sebagai bukti
tentang ramalan itu,dan fakta ini tidak boleh digunakan sebagai bukti untuk
persamaan,setiap orang di dunia ini akan meninggal dan dikuburkan.Kematian dan
penguburan adalah perkara biasa dan ini tidak menjadikan seseorang itu lain
daripada yang lain.
Ia menjadi lebih ketara dan jelas kepada
saya bahawa ramalan Musa itu hanya menunjukkan tentang Isa sebagai yang
dijanjikan.Dengan alasan itu saya cuba mencari suatu perbezaan yang lain
daripada yang lain dan luarbiasa persamaannya di antara Musa dan
Isa.Sememangnya saya menemui beberapa persamaan yang luarbiasa di antara dua
manusia ini yang tidak dikongsi dengan orang lain.
- Semasa
zaman kanak-kanak,Fir’aun mengugut untuk membunuhnya,seperti juga Isa pada
zaman kanak-kanaknya telah diugut untuk dibunuh oleh Herodas.Tidak semua
orang yang dilahirkan menghadapi ugutan bunuh pada waktu yang masih kecil
lagi.
- Semasa
kelahiran Musa,Fir’aun sangat marah dan mengarahkan semua budak-budak
lelaki yang berusia dua tahun ke bawah harus dibunuh.Apabila Isa
dilahirkan Herodas juga sangat marah dan mengarahkan agar budak lelaki di
bawah umur dua tahun dibunuh.Di dalam dunia ini hanya dua peribadi ini
sahaja yang menghadapi pengalaman pembalasan dendam.
- Semasa
zaman kanak-kanaknya,Musa telah dijaga oleh anak perempuan Fir’aun.Dan
semasa kecil Isa telah dijaga oleh Yusuf iaitu bapa angkatnya.Tidak semua
anak di dunia ini dipelihara oleh orang yang dipilih oleh Allah semasa
zaman kanak-kanaknya ketika dia menghadapi amcaman.
- Semasa
zaman kanak-kanaknya juga,Musa tinggal jauh daripada rumahnya di Mesir.Ini
terjadi sama dengan Isa yang hidup di dalam buangan di Mesir.Tidak semua
kanak-kanak semasa kecil hidup jauh daripada negerinya,seperti Mesir.
- Apabila
Musa telah menjadi utusan Tuhan,dia menerima kuasa daripada Tuhan untuk
melakukan mukjizat,seperti juga Isa yang menerima kuasa sebagai Firman
yang hidup,dan menerima kuasa untuk melakukan mukjizat seperti
menyembuhkan orang sakit dan membangunkan orang yang telah mati.
- Musa
telah membebaskan orangnya daripada dipaksa terus menjadi hamba
abdi,tetapi Isa telah membebaskan orangnya daripada cengkaman dosa dan
maut.
Bukti yang istimewa ini telah
mengizinkan saya untuk saya membuat kesimpulan bahawa ramalan yang luarbiasa
yang dinyatakan ini di dalam Ulangan 18:15 tidak bermaksud untuk membuktikan
Muhammad sebagai nabi yang telah diberitahu terlebih dahulu,tetapi untuk
menunjukkan bahawa Isa adalah jelmaan Firman Allah.
Meskipun kasih Allah itu sangat agung
dan Dia telah menyedarkan saya untuk melihat dengan lebih jelas lagi ke dalam
Kitab Suci Injil sebagai Firman Allah yang benar,tetapi saya masih lagi tidak
bersedia untuk menjadi seorang Kristian.Mengapa? Kerana terdapat beberapa
perkara di dalam kepercayaan Kristian yang tidak dapat diterima oleh akal
saya,khususnya kepercayaan terhadap Isa adalah Putera Tuhan.Semenjak kecil lagi
saya telah diajar,dan saya juga mengajar sedemikian,iaitu:
“Tuhan tidak mempunyai anak dan Dia
tidak diperanakkan.”
Saya juga tidak dapat menyatakan dengan
jelas bahawa Isa adalah Tuhan kerana saya telah diajar dan saya juga mengajar
seperti:
“TIDAK ADA TUHAN MELAINKAN ALLAH”
Saya juga bersikap
anti Triniti. Ini tidak berasas kepada hakikat dan kebenaran tetapi sebaliknya
dipengaruhi oleh prasangka yang terpesong. Saya telah mengajar murid-murid saya
sedemikian:
“Kepada sesiapa yang mengatakan Allah
itu adalah tiga merupakan orang yang fasik”
Saya juga tidak dapat menerima
kepercayaan Kristian bahawa Isa benar-benar mati di atas kayu salib.Jika “Isa
Al-Masih” adalah nabi, penyayang, utusan Tuhan, atau ‘Putera Allah’ sepertimana
orang Kristian memanggilNya,bagaimana dengan senangnya orang Yahudi boleh
menyiksaNya dan mengantungNya di atas kayu salib sehingga mati?Mengapa Tuhan
tidak membela Dia, tetapi membiarkan Dia mati di atas kayu salib?Katakanlah
saya mempunyai seorang anak lelaki yang disiksa,atau digantung di atas kayu
salib,sudah pastinya saya akan melawan orang yang menyiksa anak saya itu untuk
menyelamatkannya walau apa pun yang akan terjadi.Bagaimana boleh Allah hilang
kuasaNya terhadap orang Yahudi?Pada masa itu saya benar-benar tidak boleh
menerima hakikat ini.
Dalam usaha untuk memdapatkan pertolongan untuk
keterangan ini,saya melawat beberapa orang guru dan juga Penginjil dan bertanya
kepada mereka kenapa Isa bergelar Putera Tuhan atau Tuhan dan apa sebenarnya
makna tentang Triniti Tuhan.Saya menyelidik mengapa Isa Putera Tuhan telah
dikorbankan di atas kayu salib dan disalibkan oleh orang Yahudi Saya juga
bertanya kepada mereka tentang kenyataan tentang “dosa warisan daripada bapa
kepada anak” yang saya ambil kira bahawa itu adalah hukuman yang tidak adil
daripada Tuhan.
Semua guru yang saya tanya itu menjawab persoalan saya
dan menerangkannya dengan mendalam,tetapi pada masa itu saya tidak dapat
menerima ulasan mereka walaupun mereka telah menerangkannya dengan jelas
sekali.Ini adalah kerana perbezaan lata rbelakang di antara saya dengan
mereka,yang mana seperti teluk yang terpisah jauh di antara kami.Perbezaan di
dalam agama yang tidak dikaji dengan sesungguhnya untuk mencari maksud yang
sama,Pastinya kami mengkaji perbezaan di antara agama untuk mencari kenyataan
yang logik berhubungan dengan ketidakfahaman.Pada masa itu saya seperti
penerima radio dan guru adalah pembaca berita.Kedua-duanya mempunyai keadaan
yang baik,tetapi oleh kerana perbezaan gelombang yang panjang menyebabkan
siarannya dan penerimaan saya jauh berbeza. Penerima tidak dapat menangkap
berita yang sedang disampaikan oleh penyiar.
Keterangan daripada guru dan Penginjil
adalah seperti masuk telinga sebelah kiri dan keluar telinga sebelah kanan.
Hati saya tidak tersentuh, kerana saya tidak faham cara pertuturan mereka.Guru
itu sendiri tidak memahami dengan jelas kedudukan latar belakang saya sewaktu
itu, jadi keterangannya tidaklah menurut keperluan saya seperti yang saya
harapkan.Ini bukannya berlaku kerana keterangan guru itu salah,tetapi kerana
perbezaan cara pemikiran dan penerangan,jadi sebab itu saya tidak dapat
memahami keterangan yang lain.walau bagaimanapun saya masih berharap.Saya
sentiasa yakin,Tuhan akan menolong saya untuk memilih kebenaran,sudah pasti Dia
akan membuka pintu hati saya dan memberi petunjuk untuk memahami semua masalah
yang menjadi halangan kepada saya.
Saya sentiasa berdoa kepadaNya: "Tuhan,aku merayu agar Engkau menunjukkan kebenaranMu kepadaku tentang
perkataan ‘Putera Tuhan’ dan nama ‘Rabbana’ untuk Isa.Aku juga merayu agar
Engkau menunjukkan kepadaku makna Triniti dan rahsia disebalik penyaliban
Al-Masih. Tuhan, Engkau berilah aku pengertian bahawa Kitab Suci Injil adalah
daripadaMu yang betul,jadi pastinya Engkau akan menerangkan dan menjelaskan
halanganku melalui Kitab Suci Injil, yang mana FirmanMu yang benar yang tidak
pernah bertukar daripada awal hingga sekarang dan untuk selamanya.
Sememangnya telah banyak kali,Tuhan menolong saya
melalui Roh Kudusnya,yang bekerja di dalam hati saya.Saya akan menerangkan
bagaimana Tuhan menolong saya untuk mengatasi halangan ini.
PERJUANGAN SAYA BERTENTANGAN DENGAN KEADAAN PERSEKITARAN
Meskipun saya menjadi tetap dan teguh
serta yakin tentang kebenaran ini,dan bersedia untuk menerima Isa sebagai
penyelamat peribadi saya,tetapi saya tidak menjadi Kristian secara rasmi,kerana
kaadaan persekitaran yang menjadi halangan kepada saya.Ketakutan dan
kebimbangan ini sentiasa menghantui fikiran saya.
Pengalaman saya menunjukkan bahawa
terdapat ramai orang yang tegas dengan kehendak mereka untuk menerima Isa
sebagai penyelamat mereka,tetapi mereka sering teragak-agak untuk menentang
pengaruh persekitaran mereka,mungkin kerana mereka tidak rela ataupun takut
untuk melawan ibu bapa mereka.Kadang-kadang mereka takut kalau-kalau majikan
mereka memberhentikan kerja mereka kerana mereka memeluk Al-Masih. Orang yang
percaya juga akan berselisih faham dengan isteri mereka kerana mereka ingin
mengikuti Isa bersama-sama dengannya; ini juga merupakan rintangan yang
menghalang mereka daripada mengikuti Isa untuk mempengaruhi hidup dan hati
mereka.
Ketakutan terhadap keadaan sekitar telah
ditunjukkan dalam ramalan oleh Isa,ditulis dalam Matius 10:34-36. Dia
mengambarkan penderitaan yang mungkin dihadapi oleh setiap orang yang mahu
mengikutinya: “Jangan menyangka bahawa Aku membawa kedamaian ke dunia ini,Aku
tidak membawa kedamaian tetapi pertentangan.Aku datang untuk menyebabkan anak
lelaki melawan bapa mereka,anak perempuan melawan ibu mereka,dan menantu mereka
melawan ibu mertua mereka.Demikianlah musuh terbesar yang dihadapi oleh
seseorang ialah keluarga sendiri.”Bagaimanapun mereka yang membuat keputusan
untuk mengikuti Isa sebagai Tuhan dan membiarkan Isa mempengaruhi hati
mereka,segala kebimbangan adalah tidak berpanjangan.Setiap kebimbangan akan
dapat diatasi dengan pertolongan daripada Tuhan.Saya sendiri mempunyai
pengalaman dalam menghadapi tekanan dari persekitaran.Tetapi Tuhan selalu
membuka jalan untuk keluar daripadanya.
Dari 1961 sehingga 1964,saya masih lagi
melakukan dua tanggungjawab agama.Saya sembahyang mengikut cara Islam dan pergi
ke masjid pada setiap hari Jumaat.Saya juga pergi ke gereja pada setiap hari
ahad dan pada hari sabtu saya pergi sembahyang di Gereja Adventis.Tetapi di
luar kenyakinan saya,saya tidak pergi ke gereja.Ini adalah kerana untuk saya
belajar tentang kebenaran.Saya juga sering membaca risalah-risalah daripada
orang bukan Kristian yang mengatakan bahawa orang di dalam gereja menyembah
berhala,seperti patung dan gambar.Atas sebab itu saya pergi melawat setiap
gereja di sekitar Jakarta mengikut giliran,pada hari ahad.Saya juga melawat
lebih daripada satu gereja pada hari ahad,untuk mencari samada terdapat
penyembahan patung atau tidak. Akhirnya,saya mendapat kesimpulan dan terbukti
bahawa kesangsian saya selama ini sudahpun terjawab.Setiap gereja yang saya
lawati tidak terdapat pun berhala atau gambar yang untuk disembah. Semenjak
1964, jiwa saya sebenarnya sudah dipenuhi dengan Roh Tuhan,Roh Kudus,atau
semangat kebenaran.Bermula daripada hari itu saya mengambil keputusan untuk
menerima Isa sebagai penyelamat peribadi saya sepenuh hati saya.Tetapi ia masih
lemah.Saya tidak berani untuk menyatakan kenyakinan saya secara terbuka.Saya
masih menyimpan kekristianan saya secara rahsia.Saya melawat gereja kristian di
Kwitang Indonesia untuk pertama kali saya bertanyakan tentang pembaptisan
secara rahsia, saya tidak mahu ianya diketahui oleh famili ataupun isteri
saya.Saya tidak tahu siapa yang menjaga gereja itu,tetapi permintaan saya
ditolak, tidak boleh dibaptiskan secara rahsia. Beberapa minggu kemudian,dengan
hasrat yang sama yang seringkali berputar-putar di dalam fikiran saya, saya pergi
berjumpa dengan Rev.J.Sapulete,dekat gereja Bethel di Jatinegara.Dia bersedia
untuk membaptis saya, tetapi dengan satu syarat bahawa saya harus membawa dua
atau tiga jiran Kristian,yang boleh membimbing pertumbuhan keimanan saya supaya
saya boleh hidup secara Kristian.Saya tidak dapat menerima syarat ini, saya
masih lagi tidak mahu mengumumkannya di khalayak ramai bahawa saya seorang
Kristian. Ini berpuncak daripada pengaruh persekitaran ,terutamanya keluarga
saya.Saya merasa risau yang mereka akan menentang dan menganiaya ahli keluarga
saya.Saya juga takut untuk bertanyakan pada isteri saya untuk mengikuti saya
pergi ke gereja.Saya takut jika isteri saya akan menuntut saya untuk pergi ke
pejabat rasmi perkahwinan Islam untuk bercerai.Saya sangat takut untuk
berhadapan dengan proses perceraian .Sebab itu saya mahu menerima Isa secara
rahsia.Tetapi jiwa saya tidak bersetuju,saya tidak ada apa-apa keraguan tentang
penerimaan Isa.
Oleh itu saya tidak lagi melakukan dua
tanggungjawab keagamaan. Saya hanya pergi ke gereja.Tetapi ketakutan masih lagi
berterusan dan kebimbangan mengenai reaksi keluarga saya.Saya tidak tahu
bagaimana untuk mengatasinya.Saya tidak pergi jumpa sesiapa pun untuk meminta
nasihat bagi masalah saya ini.Pada masa itu saya rasakan bahawa perjuangan saya
betul-betul teruji. Walau bagaimanapun Tuhan memberi masa untuk membantu
mengatasi masalah saya ini. Dahulunya saya menggangap jika saya berbincang
dengan isteri saya tentang hal ini dan keluar Islam dan seterusnya memeluk
Kristian akan menyebabkan masalah kepada kami..
Tetapi Tuhan sangat baik hati, membuka
pintu kebenarannya kepada isteri saya sendiri.Dia merasa aman melalui cahaya
dan kecantikan pokok Krismas yang mana pada masa itu bercahaya dengan terang di
kebanyakkan rumah orang Kristian.Ia menjadi tanda kepadanya bagaimana cantiknya
kehidupan di dalam keluarga Kristian.Dia merasa aman dengan lagu-lagu Kristian
dan hangat serta bercahaya dengan semangat Krismas.
Untuk menjelaskan perasaannya,dia dan seorang anak perempuan saya datang kepada saya,untuk memberitahu saya tentang keinginan yang kuat untuk menjadi seorang Kristian.Ini adalah peluang yang sedang saya nanti-nantikan!Pada hari berikutnya selepas Krismas,saya berjumpa dengan Rev.J.Sapulete untuk kali kedua, bertanya kepadanya bahawa saya dan keluarga saya mahu dibaptiskan dan menerima Isa sebagai Tuhan kami.Permintaan saya diperkenankan dengan segera dan kami -yakni saya,isteri saya dan tujuh orang anak kami telah dibaptiskan pada 26 Dis 1969 oleh Rev.J.Sapulete,di gereja GPIB Jemaat Bethel.Satu minggu kemudian anak lelaki saya pun menuruti kami.Dia juga sering pergi ke gereja secara rahsia, kerana dia takut saya mendapat tahu.
Untuk menjelaskan perasaannya,dia dan seorang anak perempuan saya datang kepada saya,untuk memberitahu saya tentang keinginan yang kuat untuk menjadi seorang Kristian.Ini adalah peluang yang sedang saya nanti-nantikan!Pada hari berikutnya selepas Krismas,saya berjumpa dengan Rev.J.Sapulete untuk kali kedua, bertanya kepadanya bahawa saya dan keluarga saya mahu dibaptiskan dan menerima Isa sebagai Tuhan kami.Permintaan saya diperkenankan dengan segera dan kami -yakni saya,isteri saya dan tujuh orang anak kami telah dibaptiskan pada 26 Dis 1969 oleh Rev.J.Sapulete,di gereja GPIB Jemaat Bethel.Satu minggu kemudian anak lelaki saya pun menuruti kami.Dia juga sering pergi ke gereja secara rahsia, kerana dia takut saya mendapat tahu.
Saya sendiri pergi ke gereja secara
rahsia juga, sebab saya takut isteri-isteri ahli keluarga saya telah menjadi
pengikut-pengikut 'Isa dan demi itu mempengaruhi hati kami.
Anugerah Berkat Tuhan
yang Berkelimpahan
Selepas saya dan keluarga saya
dibaptiskan pada 26 Disember 1969, keriangan dan kegembiraan seluruh isi rumah
saya telah bertukar.Kami menerima terlalu banyak berkat-berkat Tuhan yang
mencurahi hidup kami.
Pengikut Paulus berkata: "Apabila
seseorang masuk ke dalam Al-Masih,dia menjadi insan yang baru, yang lama telah
pergi dan yang baru sudah menyusul ".(2 Kor 5:17)
Apabila seseorang menerima Al-Masih 'Isa sebagai
penyelamatnya,Tuhan akan mengubah kehidupannya.Bayangan Kristus akan menjadi
ikutannya.Al-kitab berkata: "Tuhan mencipta manusia berdasarkan
gambarnya"(Kej 1:27).Kelakuan baru ini akan bermula dengan keriangan yang
baru,kasih dan keinginan yang berbeza.Apa yang dahulunya dia sayang,kini dia
benci,dan apa yang dahulunya dia benci,kini bertukar menjadi
sayang.Kehidupannya telah berubah.Perubahan ini amat ketara,dan dapat dilihat
oleh orang di sekelilingnya.Jalan kehidupannya akan bertukar,dan perubahan ini
akan dibawa dalam setiap perkataan yang dia ucapkan.Betapa hebatnya!
Saya mempunyai pengalaman dalam
perubahan ini dan mereka dapat rasa dalam kehidupan kami sekeluarga.Panas baran
sudah lenyap dan berubah kepada sayang.Dalam kehidupan kerohanian,kami merasa
aman dan gembira.Kami tidak merasa ragu-ragu dan jiwa kami terjamin dan penuh
dengan keriangan.Bahkan di dalam kehidupan seharian,kami mendapat keberkatan
yang berkelimpahan.Ini adalah pengalaman yang membuktikan kebenaran janji Tuhan
bahawa telah digenapi oleh 'Isa Al-Masih,utusanNya.
"Barangsiapa
haus,baiklah ia datang kepadaKu dan minum!Barang siapa percaya kepadaKu,seperti
yang dikatakan oleh kitab suci:dari dalam hatinya akan mengalir aliran-aliran
air hidup."(Yahya 7:37-38)
"Aku datang supaya mereka mempunyai hidup dan mempunyai dalam segala kelimpahan."(Yahya 10:10b)
"Aku datang supaya mereka mempunyai hidup dan mempunyai dalam segala kelimpahan."(Yahya 10:10b)
Perubahan di dalam kehidupan isi rumah
kami amat ketara dan berlaku dengan pantas di mana kami menjadi ejekan.Jiran
tetangga dan saudara mara berpendapat bahawa kami telah menerima pertolongan
daripada gereja sebagai ganjaran kerana menjadi Kristian.Orang ramai mengutuk
kami dengan berkata:"Jika kamu ingin menjadi kaya dengan cepat,ikutlah
cara en.Ambrie dan menjadi Kristian dan kamu akan mendapat berjuta-juta rupiah
daripada gereja."
Mereka menyangka bahawa kehidupan kami
diberkati melalui pemberian daripada gereja sebagai sogokan kerana menjadi
Kristian.Tidak,bukan kerana itu!Kami tidak menerima sebarang pertolongan dari
gereja atau dari sesiapapun sebagai balasan kerana kami menerima Kristus.Kami
tidak menerima duit,harta benda atau janji peluang pekerjaan walaupun satu sen
pun.Sememangnya keberkatan kehidupan kami pada masa itu hanyalah melalui
kemurahan hati Tuhan.Ini adalah janji Tuhan bahawa semua orang yang
mempercayainya akan memperolehi keberkatan yang berkelimpahan.
Tahun-tahun yang tidak aktif.
Saya menjadi Kristian yang tidak aktif
bermula dari tahun 1970-1972.Saya sibuk mengendalikan urusan perniagaan saya
dan membantu keluarga saya.Saya hanya pergi ke gereja pada hari Ahad dan
membaca Al-kitab bila saya ada masa.Tuhan menyalahkan saya kerana bersikap
sedemikian.Saya merasa sangat jelas apabila pada waktu itu Tuhan memberi amaran
kepada saya: "Jika kamu mahu menjadi kristian,ia tidak cukup dengan
bersikap pasif.Ia tidak akan berkembang jika kamu duduk sahaja.Bergembiralah
dengan keberkatan Tuhan yang melimpahi hidup kamu.Sebagai orang Kristian iaitu
pengikut Kristus,kamu mesti bangun dan memberitahu kesaksian kamu dengan jelas
mengenai Al-kitab sepertimana Kristus telah memerintahkannya di dalam Matius
28:19-20)
Bagaimana saya hendak memulakan dalam
memberikan kesaksian secara terbuka dan memberitahu tentang Al-kitab dengan
cara paling mudah difahami?Sememangnya saya ingin melakukannya,tetapi saya
tidak tahu bagaimana cara hendak memulakannya.Untuk ini,Tuhan telah membuka
jalannya:dan ini adalah jalan yang bagaimana Tuhan tunjukkan;
Suatu hari kawan baik saya datang dari
Banjarmasin untuk menghabiskan waktu malamnya bersama kami.Dia adalah kawan
yang sebenarnya mengikut erti perkataan.Dia tetap berdiri bersama dengan saya
dalam kaadaan susah ataupun senang.Apabila penangkapan dilakukan oleh
askar-askar Belanda,kami selalu berjumpa antara satu sama lain di dalam penjara
ataupun di dalam khemah banduan.
Kami menyambutnya seperti biasa,di dalam
rumah kami tidak terdapat tanda ketara yang menunjukkan bahawa kami telah
memeluki agama Kristian.apabila dia mengucapkan "Assalamualaikum",dan
kami menjawab "waalaikumussalam".Kawan baik saya ini telah
mendengarnya daripada jiran-jiran bahawa saya telah memeluk Kristian. Dia
menerangkan bahawa hal ini tidak mungkin terjadi, dan telah menyakinkan kepada
jiran saya tentang ini. Dia memberitahu mereka," Sudah lama saya kenal
kawan saya Hamran Ambrie,bukan sahaja di Jakarta bahkan di Banjarmasin lagi.
Dia bukanlah seperti kebanyakan Muslim yang lain,dia sangat risau tentang
keimanannya.Di dalam wilayah dia dikenali sebagai pejuang tentera Muslim,dia
adalah anti-Kristian,seorang daripada pemimpim Muhammadiyah,pemberita Muslim
dan guru Islam yang terkenal di bandar dan di timur Kalimantan.Lebih-lebih lagi
di kongres Islam di seluruh Kalimantan dalam Amuntai 1947, Hamran Ambrie adalah
merupakan salah seorang daripada penganjurnya.Di dalam ketenteraan kebangsaan
Indonesia,dia telah menjadi ketua guru-guru Muslim dalam pasukan tentera di
Banjarmasin. Jadi saya yakin bahawa Hamran Ambrie tidak begitu mudah untuk
menukarkan agama Islamnya kepada agama Kristian."
Tetapi jiran saya telah menyakinkan dia
bahawa untuk beberapa tahun ini,orang di dalam kampung saya telah biasa melihat
saya pergi ke gereja lazimnya dan menyediakan pokok Krismas semasa hari
Krismas.Mereka memberitahu dia supaya bertanya kepada saya secara terus untuk
mendapat kepastian selanjutnya.
Jadi dengan segera dia datang ke rumah
saya untuk melawat,dan terus bertanya kepada saya samada berita yang mengatakan
saya menjadi Kristian itu benar atau tidak?Saya menjawab soalan itu tanpa
sebarang keraguan: "Ya,ia adalah benar dan saya serta seluruh keluarga
saya telah dibaptiskan."
Mendengar jawapan saya dia menangis
terisak-isak.Dia meminta maaf kerana dia sangat menyesal datang ke tempat
itu.Tetapi dia tidak berbuat apa-apa dan berdiri kehairanan untuk beberapa
ketika.Selepas dia kembali ke Banjarmasin,dia memberitahu orang lain, khususnya
kawan baik saya tentang pemelukan agama saya kepada Kristian.
Berita tentang kejadian ini telah
dimasukkan di dalam akhbar harian UTAMA yang diterbitkan di Banjarmasin oleh kawan baik saya
yang lain,yang merupakan seorang pemberita Muslim.Dalam tajuk utama H.Arsyad
Maran menulis:
PENGASAS TERKENAL
GERAKAN MENJADI KRISTIAN
Pengasas terkenal
Muhammadiyah zaman 30-an, dia juga merupakan salah seorang ketua editor JIHAD.
Js Antemas menulis
diantaranya:
PERTUKARAN AGAMA
PENGASAS MUHAMMADIYAH KEPADA KRISTIAN
Satu berita yang mengemparkan!
Satu berita yang mengemparkan!
Pemberita IAIN Arthum Artha
berharap:"kami harap berita ini adalah tidak benar,kepercayaan Hamran
Ambrie,pengasas kemerdekaan masih lagi di dalam persoalan."
Orang Muslim di Banjarmasin juga memberi
sambutan yang kurang menyenangkan terhadap berita ini:"Masalah ekonomi
baru-baru ini telah membuatkan seseorang bertukar agama."Nama orang muslim
ini tidak dinyatakan.
Bahkan Universiti IAIN Antasari juga
menberi tindakbalasnya terhadap berita pertukaran agama saya ini.Sementara itu
setiausaha PMW (Muhammadiyah) di Banjarmasin cuba untuk menyangkal bahawa saya
adalah penubuh Muhammadiyah, tetapi memberitahu bahawa saya hanya sebagai
pejuang Islam.
Semua berita tentang keKristianan saya
yang telah diterbitkan di dalam akhbar adalah bertujuan untuk membuat saya rasa
malu, dan di sebaliknya mereka mengharap agar saya kembali kepada Islam. Tetapi
kehendak mereka adalah berbeza dengan kehendak Tuhan.Allah mengunakan mereka
sebagai satu cara untuk membangunkan iman saya supaya menjadi seorang pengikut
'Isa yang kuat imannya dan memberi kesaksian tentang hakikat 'Isa Al-Masih
adalah daripada Tuhan.
Hampir dua bulan peristiwa 'pertukaran saya kepada Kristian' menjadi tajuk perbincangan umum dan
tajuk utama di dalam akhbar Harian UTAMA di Banjarmasin.Saya mendapat berita
bahawa pertumpahan darah juga hampir berlaku.Sesetengah daripada kawan saya
menganggap bahawa berita ini adalah suatu fitnah dan bersedia untuk menyerang
para penulis.Mujurlah dengan segera saya telah menulis "surat
terbuka"-pernyataan saya sendiri mengenai pengakuan tersebut - kepada
akhbar harian UTAMA di Banjarmasin,yang telah diterbitkan seperti di bawah:
SURAT TERBUKA
Untuk Pembaca harian UTAMA
Untuk Pembaca harian UTAMA
Assalamualaikum
kepada Tuan:
kepada Tuan:
Saya dengan ini
memberitahu bahawa berita itu adalah benar dan saya sekarang menjadi pengikut
kepada agama Kristian Protestant dan saya telah menukarkannya semenjak 1964
lagi. Berita di dalam akhbar itu sangat menarik kerana ia mengambarkan saya
sebagai penubuh Islam atau pejuang kepada kebebasan.
Saya berterima kasih kepada semua tindak balas dan
penghargaan itu yang mana kawan saya telah menunjukkannya kepada saya.Walaupun
sehingga saat ini,saya tidak pernah merasa dan tidak pernah mengumunkan diri
saya sebagai penubuh Islam ataupun pejuang kebebasan.Jika waktu lepas saya
melibatkan diri dalam perjuangan sebagai penulis oleh kawan saya.Ia adalah
tidak lebih daripada tanggungjawab seorang anak terhadap ibu pertiwinya.Dengan
itu saya menjadi pengikut dan tidak bertanya akan sebarang gelaran kepada
jawatan tersebut samada sebagai veteran ataupun sebagai pengasas
kemerdekaan.Saya hanyalah melakukan tanggungjawab saya sahaja. Terima kasih
kepada semua kawan saya, khususnya H.Arsyad Maran (saya tidak menerima surat
kamu), JS.Antenas dan Arthum Artha dan penulis yang menulis surat kepada saya
sebagai satu kewajipan.Tidak ada apa-apa daripada surat anda yang boleh saya
sangkalkan atau memberi tindak balas yang bertentangan melainkan
pembetulan.Saya tidak pernah meminta sebarang bentuk gelaran sebagai tanda bagi
pengasas kemerdekaan.
Kepada Arthum Artha,saya ada menghantar
"nota keimanan" yang menjadi asas kepada saya dalam ketaatan saya
kepada agama Kristian Protestant. Apa pun yang berlaku kawan tetap kawan dan
hubungan persahabatan yang baik tidak boleh diputuskan.
Terima kasih kepada kamu semua kerana
mengambil berat tentang hal ini.
Yang Benar,
Hamran Ambrie
Hamran Ambrie
6 Mei 1972, Jakarta.
Sumber : BLOG ROHANI KRISTEN - Pastoral & Counseling,Konsultasi Teologis,Kebenaran Sejati,Kehidupan Yang Kekal
Sunday, January 11, 2009
Tidak ada komentar:
Posting Komentar